Wednesday, January 14, 2015

Rahsia Kulit Karipap Rangup

Salam seikhlas hati dari karipap mini frozen AzZahra

Pada entri kali ini kami ingin berkongsi Rahsia Kulit Karipap Rangup

Jika anda peminat tegar karipap, sudah tentu anda terigin untuk tahu bagaimana sesetengah kulit karipap boleh menjadi rangup. Ini termasuklah kulit karipap mini frozen AzZahra.

Bagaimana kami melakukannya? Teruskan membaca!

Bahan-bahan Kulit Karipap

  • 250 gram tepung gandum (45-60 biji karipap mini)
  • 1 senduk minyak masak (yang telah dipanaskan) *Jika tiada minyak masak, boleh sahaja menggunakan planta/ marjerin dan yang seangkatan dengannya
  • 1/2 mug air garam
  • 25 gram tepung beras
  • 25 gram tepung ubi

Cara buat

  • Letak tepung ke dalam bekas untuk menguli.
  • Masukkan 1 senduk minyak masak yang telah dipanaskan ke dalam tepung gandum tadi. Kacau dengan senduk atau sudip sementara minyak masak tadi masih panas. Jika minyak sudah tidak panas, anda boleh juga menguli menggunakan tangan.Masukkan sedikit demi sedikit air garam tadi sambil menguli. Jangan berhenti menguli jika tepung masih melekat di tangan. 
  • Jika tepung sudah tidak melekat, anda boleh berhenti menguli dan biarkan tepung tersebut seketika dalam 10-15 minit sebelum anda boleh mencanainya untuk menjadi kulit karipap.
  • Setelah 10-15 minit, uli doh sekali lagi dan pecahkan kepada beberapa bulatan doh. Doh perlu dipecahkan kepada beberapa bulatan sebelum dicanai untuk dimasukkan inti. 
  • Untuk kelim karipap, anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan kepakaran tangan anda atau hanya menggunakan acuan karipap.

Tips kulit karipap rangup:

  1. Semasa menguli pastikan tidak terlebih menggunakan air. Ini kerana, air yang lebih akan membuatkan doh menjadi lembik dan apabila goreng, kulit karipap akan menjadi kurang rangup.
  2. Gunakan minyak masak atau marjerin yang panas kerana ini membantu untuk memastikan kulit karipap menjadi rangup.

Selamat mencuba!

Jangan ketinggalan untuk membaca entri selepas ini!! kami akan kongsikan bagaimana membuat inti karipap yang enak dan lazat sehingga menjilat jari!

1 comment: